Skip to content

Friday, January 18, 2013

Cara melindungi wireless network anda daripada hackers [ yuk info ]

Semoga dapat memberikan manfaat, salam .:: yuk info blog ::.
and jagan lupa sebarin blog ya ke teman teman kalian semua €
kalau ada link ad.fly atau lick bc.vc tunggu 5 detik dulu dan tekan [ skip add ]



Cara melindungi wireless network anda daripada hackers

wireshark

Semalam saya ada buat dua post di Eins.MY – 2 popular methods to hack Wifi password. Ada antara satu komen di facebook kami bertanyakan bagaimana nak mengelakkan wireless network dari kena hack atau dicuri oleh jiran. Kalau anda nak tahu bagaimana, ini ada sedikit tips untuk melindungi wireless network anda daripada diceroboh dan melindungi password wifi daripada dicuri.

Screenshot di atas adalah program Wireshark – bukan tool untuk hack wifi sebenar tetapi sangat berguna dalam packet sniffing dan analysing. Kalau nak guna untuk wardriving pun sangat sesuai.

Tips untuk mengelakkan wireless network diserang hackers

1.  Tips ini memerlukan anda untuk login ke dalam wireless router interface. Biasanya ialah 192.168.1.1192.168.11.1, mungkin berbeza mengikut jenis router.

2. Tukar default password ke dalam router anda. Contohnya default user admin password admin atau 123456 mungkin senang orang nak akses masuk ke router anda untuk tukar setting, jadi tukar password kepada yang lebih panjang dan susah orang nak jangka.

3. Sembunyikan SSID. Contohnya SSID ialah nama wireless network seperti “Wifi JomPHP”. Walaupun penggodam yang advanced boleh sniff packet Wireless Network yang sudah disembunyikan SSID, ia dapat menghalang lebih 50% cubaan untuk masuk ke dalam wireless network anda sebab orang ingatkan anda tak pasang wireless network.

4. Jangan gunakan Open Network. Ini ibarat anda sedekah percuma internet dari wireless network tu kepada orang lain. Silap-silap orang guna network anda untuk buat kerja-kerja jenayah siber, dan bila check IP kena atas nama anda.

5. Untuk wireless encryption, jangan guna WEP password.WEP paling senang kena crack dan banyak sangat tools dan tutorial crack WEP password di youtube. Kalau anda guna WEP encryption orang biasa yang perasan kewujudan network tu pun akan timbul niat nak test power hack password WEP.

wireless encryption

6.  Wireless Encryption Level ada banyak jenis. Open itu anda tak letak password langsung dan WEP wireless network paling lemah dan vulnerable untuk kena hack. Saya cadang set kepada WPA2 (AES) sebab WPA2 lebih kebal daripada tools2 biasa yang orang gunakan untuk hack wifi.

7. Limit access kepada spesifik MAC Address. MAC Address ialah physical adress kepada wireless adapter interface anda. Boleh check mac adress dengan type CMD , ipconfig /all dan check physical address. Kiranya anda whitelist device2 tertentu sahaja yang boleh masuk wireless network.

8. Walaupun MAC Address boleh clone atau spoof, tetapi teknik dapat mengganggu niat orang untuk hack wireless network anda.

9. TIps ini sekurang-kurangnya boleh membantu menghalang wireless network anda daripada kena hack. Lain la kalau orang tu betul2 handal hacking, dia tahu semua cara nak counter balik security anda.

10. Kalau paranoid sangat takut kena hack, tutup wireless dan guna cable lan sahaja. Tak perlu risau lagi wireless kena curi atau wireless kena hack.

Selamat mencuba!


1 comment:

  1. Did you know that you can create short links with OUO and receive dollars from every click on your short urls.

    ReplyDelete

luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com