Skip to content

Friday, January 18, 2013

Cara mengatasi masalah limited network connectivity (win 7) [ yuk info ]

Semoga dapat memberikan manfaat, salam .:: yuk info blog ::.
and jagan lupa sebarin blog ya ke teman teman kalian semua €
kalau ada link ad.fly atau lick bc.vc tunggu 5 detik dulu dan tekan [ skip add ]



Masalah limited network connectivity selalu terjadi kepada komputer yang berada dalam rangkain setempat (LAN) terutamanya kepada komputer yang menggunakan sambungan wifi.

69143-limited-or-no-connectivity

Antara sebab terjadi masalah ini:

1. Anda memasukkan password salah untuk sambungan wifi tersebut

2. Berlaku konflik IP pada router/switch

Tetapi bagaimana jika anda menggunakan password wifi yang betul, berada pada sambungan wifi yang sama dengan rakan anda, tetapi anda menghadapi masalah limited network connectivity manakala rakan anda dapat bermain internet dengan lancarnya?

Ikuti tutorial ringkas ini.

Sebelum bermula, tutorial ini menggunakan sambungan Wifi sebagai contoh. Namun begitu, tutorial ini boleh juga digunakan untuk sambungan LAN. Anda juga perlu mengakses komputer rakan anda yang dapat menggunakan internet tanpa masalah.

Langkah pada komputer rakan:

1. Buka komputer rakan anda dan pastikan komputer ini mendapat sambungan internet tanpa sebarang masalah.

2. Klik pada lambang WIFI dan klik Open Network and Sharing Center

wifi

3. Klik pada Connections seperti gambar dibawah

wifi2

4. Tetingkap dibawah akan terpapar. Klik pada Details.

wifi3

5. Salin IPv4 address, IPv4 Subnet Mask, IPv4 Default Gateway dan IPv4 DNS server

wifi5

Langkah pada komputer anda:

1. Klik pada lambang WIFI dan klik Open Network and Sharing Center. Pastikan anda telah connected pada network tersebut.

wifi

2. Klik pada Connections seperti gambar dibawah

wifi2

4. Tetingkap dibawah akan terpapar. Klik pada Properties.

wifi6

5. Double klik pada TCP/IPv4

wifi7

6. Klik pada Use the following IP address

wifi8

7. Sekarang isi IP address, Subnet Mask, Default Gateway dan DNS server dengan meniru konfigurasi IP komputer rakan anda tetapi pastikan IP address adalah sedikit berlainan. Contoh IP address komputer rakan anda ialah 10.0.0.25 jadi untuk komputer anda gunakan IP address 10.0.0.26.

IP komputer rakan anda:

wifi5

IP Komputer anda yg baru diubah:

wifi9

8. Klik OK dan tengok hasilnya. Jika anda mendapat message IP conflict, sila ubah IP address yg anda masukkan ke IP yang lain. Contoh 10.0.0.27.

Tutorial ini tidak dijamin berkesan 100% tetapi setiap kali saya menghadapi masalah ini, saya gunakan cara diatas dan ia sangat berkesan.

CrossProcess – Aplikasi kamera iphone yang ringkas dan menarik [ yuk info ]

Semoga dapat memberikan manfaat, salam .:: yuk info blog ::.
and jagan lupa sebarin blog ya ke teman teman kalian semua €
kalau ada link ad.fly atau lick bc.vc tunggu 5 detik dulu dan tekan [ skip add ]



CrossProcess merupakan aplikasi berbayar khas untuk platform IOS. Berbeza dengan kebanyakkan aplikasi kamera iphone yang lain, CrossProcess merupakan aplikasi yang ringkas dan sangat mudah digunakan.

Anda hanya perlu mengambil gambar yang dikehendaki, dan CrossProcess secara automatik akan menambahkan kesan efek yang menarik pada gambar anda. Gambar yang telah di capture akan disimpan dalam resolusi penuh iphone 4 iaitu 5 megapixel.

Antara gambar menarik yang kami ambil:

Pantai Port Dickson

IMG_0043

IMG_0053

Boleh juga menambahkan frame pada gambar

IMG_0010

 

Download melalui Itunes http://itunes.apple.com/us/app/cross-process/id355754066?mt=8

Atau boleh terus mendapatkannya melalui AppStore hanya dengan USD1.99


Cara melindungi wireless network anda daripada hackers [ yuk info ]

Semoga dapat memberikan manfaat, salam .:: yuk info blog ::.
and jagan lupa sebarin blog ya ke teman teman kalian semua €
kalau ada link ad.fly atau lick bc.vc tunggu 5 detik dulu dan tekan [ skip add ]



Cara melindungi wireless network anda daripada hackers

wireshark

Semalam saya ada buat dua post di Eins.MY – 2 popular methods to hack Wifi password. Ada antara satu komen di facebook kami bertanyakan bagaimana nak mengelakkan wireless network dari kena hack atau dicuri oleh jiran. Kalau anda nak tahu bagaimana, ini ada sedikit tips untuk melindungi wireless network anda daripada diceroboh dan melindungi password wifi daripada dicuri.

Screenshot di atas adalah program Wireshark – bukan tool untuk hack wifi sebenar tetapi sangat berguna dalam packet sniffing dan analysing. Kalau nak guna untuk wardriving pun sangat sesuai.

Tips untuk mengelakkan wireless network diserang hackers

1.  Tips ini memerlukan anda untuk login ke dalam wireless router interface. Biasanya ialah 192.168.1.1, 192.168.11.1, mungkin berbeza mengikut jenis router.

2. Tukar default password ke dalam router anda. Contohnya default user admin password admin atau 123456 mungkin senang orang nak akses masuk ke router anda untuk tukar setting, jadi tukar password kepada yang lebih panjang dan susah orang nak jangka.

3. Sembunyikan SSID. Contohnya SSID ialah nama wireless network seperti “Wifi JomPHP”. Walaupun penggodam yang advanced boleh sniff packet Wireless Network yang sudah disembunyikan SSID, ia dapat menghalang lebih 50% cubaan untuk masuk ke dalam wireless network anda sebab orang ingatkan anda tak pasang wireless network.

4. Jangan gunakan Open Network. Ini ibarat anda sedekah percuma internet dari wireless network tu kepada orang lain. Silap-silap orang guna network anda untuk buat kerja-kerja jenayah siber, dan bila check IP kena atas nama anda.

5. Untuk wireless encryption, jangan guna WEP password.WEP paling senang kena crack dan banyak sangat tools dan tutorial crack WEP password di youtube. Kalau anda guna WEP encryption orang biasa yang perasan kewujudan network tu pun akan timbul niat nak test power hack password WEP.

wireless encryption

6.  Wireless Encryption Level ada banyak jenis. Open itu anda tak letak password langsung dan WEP wireless network paling lemah dan vulnerable untuk kena hack. Saya cadang set kepada WPA2 (AES) sebab WPA2 lebih kebal daripada tools2 biasa yang orang gunakan untuk hack wifi.

7. Limit access kepada spesifik MAC Address. MAC Address ialah physical adress kepada wireless adapter interface anda. Boleh check mac adress dengan type CMD , ipconfig /all dan check physical address. Kiranya anda whitelist device2 tertentu sahaja yang boleh masuk wireless network.

8. Walaupun MAC Address boleh clone atau spoof, tetapi teknik dapat mengganggu niat orang untuk hack wireless network anda.

9. TIps ini sekurang-kurangnya boleh membantu menghalang wireless network anda daripada kena hack. Lain la kalau orang tu betul2 handal hacking, dia tahu semua cara nak counter balik security anda.

10. Kalau paranoid sangat takut kena hack, tutup wireless dan guna cable lan sahaja. Tak perlu risau lagi wireless kena curi atau wireless kena hack.

Selamat mencuba!


Cocoon – bypass website yang kena blocked dengan mudah sekali [ yuk info ]

Semoga dapat memberikan manfaat, salam .:: yuk info blog ::.
and jagan lupa sebarin blog ya ke teman teman kalian semua €
kalau ada link ad.fly atau lick bc.vc tunggu 5 detik dulu dan tekan [ skip add ]



Cocoon – bypass website yang kena blocked dengan mudah sekali

cocoon

Youtube, Facebook, Hulu kena blocked di? Tidak lagi dengan adanya Coccoon – add-on firefox yang boleh meningkatkan sekuriti pelayaran internet, melindungi privasi anda di internet dan juga membolehkan anda bypass website yang kena blocked di Internet.


Install Coccoon untuk Firefox

1. Coccoon ialah add-on untuk Firefox sahaja. Pengguna Chrome boleh pergi main jauh-jauh (LOL)

2. Compatible untuk Firefox 3.6-5.0 sahaja. Nightly dan Aurora tak disupport lagi buat masa sekarang.

3. Register akaun percuma di Cocoon.com. Selepas itu sila verify akaun anda dalam email.

4.  Install add-on Coccoon di Firefox anda, kemudian restart.

coccoon

5. Selepas itu tekan pada toolbar Cocoon dan kemudian login dengan username dan password anda.

cocoon

6.  Selepas Cocoon siap disambungkan, cuba buka website yang kena block tengok berjaya lepas atau tidak.

7. Menonton Hulu kini lebih mudah dan pantas tanpa perlu proxy atau US VPN yang berbayar. Hanya connect coccoon dan anda boleh menonton ribuan US series secara percuma diHulu.com.

8. Coccoon juga membolehkan anda terselamat dari cookies tracking dan juga serangan malware dan viruses. Tiada lagi popup haram dan malware keji yang akan serang anda.

9. Secara teorinya Cocoon boleh bypass website yang kena blocked di universiti, sekolah dan mana-mana lagi.

10. Katakan Cocoon gagal berfungsi, sila cuba VPN sepertiTunnelbear dan Hostizzle. Coccoon dikatakan mempunyai teknologi privasi yang direka oleh pihak military US jadi kita boleh percaya pada tahap security mereka.

11. Kalau anda biasa guna Usejump atau Hotspot Shield, saya cadangkan cuba guna Coccoon pula.


Fetch.io – alternatif kepada RapidLeech download laju daripada file hosting [ yuk info ]

Semoga dapat memberikan manfaat, salam .:: yuk info blog ::.
and jagan lupa sebarin blog ya ke teman teman kalian semua €
kalau ada link ad.fly atau lick bc.vc tunggu 5 detik dulu dan tekan [ skip add ]



 

Fetch.io – alternatif kepada RapidLeech download laju daripada file hosting


fetch.io

Salam! Dulu kami ada post mengenai Rapidleech percuma – download file laju daripada file hosting tetapi malangnya tak dapat diteruskan sebab banyak abuse daripada pengguna.

Kalau yang masih mencari free rapidleech atau tempat nak download lebih laju daripada file hosting kami cadangkan guna Fetch.io sahaja. Percuma, laju dan menyokong Megaupload, Mediafire, Fileserve, Filesonic dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh resume dan download menggunakan download manager seperti IDM dan Orbit. Free akaun ada limit space dan bandwidth tapi anda boleh buat free account guna banyak email.

Jom cuba Fetch.io pula! Artikel penuh di blog Eins.MY….


luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com